Trip To South Korea (대한민국) - Day 4 (Part 1 : Namdaemun Market & Go Korea Guesthouse, Dongdaemun)

10:00:00 AM

30 April 2014


Pagi terakhir di Hongdae dan masa untuk berpindah ke guesthouse di Dongdaemun. Hari keempat yang sangat cerah lagi menggembirakan sebab dah matahari keluar daripada lindungan awan selepas beberapa hari hujan. Akhirnya bilik dapat pancaran matahari yang masuk ke dalam.


Pagi tu kitorang berempat packing siap-siap bagasi dan barang semua letak dekat bawah sebab nanti ayah dan mak Mira akan bawa barang-barang tu pergi ke guesthouse seterusnya menaiki teksi. Dah selesai semua sempat lagi tinggalkan mesej dekat board Hostel KW Pencil, Hongdae guna marker yang disediakan. 

Last selfie dihadapan hostel.

Selamat tinggal dan terima kasih dengan service yang disediakan. 

Hari terakhir berjalan di lorong kawasan perumahan di Hongdae.
P/S : Yang penting tiada anjing liar berkeliaran disini tak kira pagi ataupun tengah malam.

Destinasi seterusnya ialah shopping di Namdaemun Market di awal pagi sebab Namdaemun Market alang-alang dah dalam perjalanan kitorang ke Dongdaemun menaiki subway. Sesampai sahaja di Namdaemun Market walaupun masih pagi tapi sudah ramai orang dekat sini. Semua berpusu-pusu membeli belah dan mulalah rambang mata nampak kasut dan beg yang lawa-lawa.


Dekat sini kalau nak beli cenderahati untuk dibawa pulang boleh didapati disini. Nak tawar menawar kenalah pandai dan jangan tawar dahulu kalau tak nak beli barang tu betul-betul. Tanya harga je lepas dah tahu harga blah cepat-cepat jalan ke kedai lain. Kedai Nature Republic ada juga dekat sini, kedai dia dekat tepi antara 3 simpang jalan. Sampai dekat luar kedai barang-barang dia dijual dengan harga yang murah.

Disebabkan duit dah siap-siap bajet untuk kegunaan apa, t-shirt semua beli dekat sini dan terbeli dua pasang kasut juga. Hahahahaha. Peniaga-peniaga sini sesetengah boleh cakap bahasa Indonesia dan agak-agak kalau korang buat lawak dalam bahasa Malaysia yang bunyi tak baku sikit diorang tak faham. Ada satu kedai pakcik ni kitorang masuk beli cenderahati, dia cam kitorang dari Malaysia lepas tu dia cerita la dia dah lama duduk Indonesia dan balik Korea buka kedai berniaga. Agak lama jugalah dekat kedai uncle tu sambil borak-borak dan tawar menawar. Ada kadang-kadang kitorang melawak pun uncle tu tak respond pape dan dia buat kerja dia. Hahaha.

Masa waktu makan tengah hari diorang, peniaga-peniaga ini hanya duduk dekat kedai diorang je jaga kedai. Nanti ada imo dari kedai makan hantar dulang makanan dekat kedai dan lauk diorang semua sama siap satu set lagi. Kiranya nanti tuan kedai akan bayar dekat kedai makan tu la agaknya. Senang bukan tak payah tutup tutup kedai dan tolong antara satu sama lain.

 Sungnyemun Gate (Namdaemun Gate) (숭례문)

Dalam perjalanan ke Starbuck Cafe.

Kedai-kedai di Namdaemun Market.

Bagi penggemar-penggemar aksesori cincin, subang, gelang, pin tudung, brooch tudung, rantai dll. kalau nak beli borong bolehlah beli dekat bangunan yang berwarna hijau. Dekat dalam tu berlambak kedai-kedai kecil jual barang-barang tersebut. Kedai diorang ada nombor dan rapat antara satu sama lain. Terdapat 3 tingkat kalau tak silap dan banyak pintu masuk siap bernombor lagi pintu masuk dia. Subang, cincin, gelang, rantai dll. yang terdapat dalam K-Drama pun ada jual kat sini. BANGUNAN WARNA HIJAU YANG BESAR TU OKAY.

EXTRA INFORMATION/TIPS :
- Untuk mendapatkan voucher discount semasa anda berada di Korea dan juga voucher diskaun ke Lotte World boleh didapati di Information Centre di tengah-tengah Namdaemun Market.
- Mana nak jumpa Information Centre tu? Dia berada di tengah-tengah antara simpang empat kalau tak silap. Ada rak majalah voucher dekat luar dia. Kalau mata anda tajam anda akan jumpa. Ini pun hanis yang jumpa voucher tiket masuk Lotte World.
- Information Centre dia ada tanda seru warna biru dekat situ. Goodluck!


Selepas penat berjalan sampai lapar sebab dah masuk pukul 1 petang, kitorang pun beransur pulang ke guesthouse baru. Disebabkan laluan subway pun dah baru, sampai pintu exit pun dua tiga kali keluar masuk padahal tempat yang sama.

Turun dekat Dongkuk University Station. Wink wink wink pelajar-pelajar university~~~

That's my second guesthouse.
Ada 4 tingkat. Ada parking kereta. Ada tempat duduk-duduk dekat belakang. Ada ampaian setiap tingkat.
Bilik dekat tingkat empat (atas sekali), naik guna tangga tiada lif.

Sampai bilik semua beg kitorang dah ada dalam bilik. Ayah Mira dengan abang guesthouse tu tolong angkatkan beg kitorang yang berat tu. Huhuhu. Maaf. Actually bilik tu untuk tiga orang sahaja, tapi disebabkan kitorang ni 4 orang kawan jadi 4 orang la duduk dalam bilik tu. Mak dengan ayah Mira duduk berdua dekat bilik sebelah. Besar siap ada TV, aircond, sinki, tempat masak, peti ais, almari besar pula tu, dan tidur atas lantai yang berheater. 

Dah siap sembahyang semua, barang yang dibeli tadi pun dah siap belek semua siap cuba pakai kasut yang baru beli lagi. Perut dah kenyang diisi dengan makanan yang mak Mira masakkan. Dekat dalam bilik tu memang sudah disediakan periuk, senduk, pinggan dan cawan semua TAPI kalau orang Islam dia kasi pinggan, periuk, senduk yang khas punya jadi tiada masalah untuk tinggal disini. Nasib la mak Mira bagitahu yang pinggan lain disediakan untuk makan kalau tak memang pinggang yang kat atas rak tu ambil untuk makan nasi.


Kawasan yang mendamaikan dengan deretan pokok ditepi jalan walaupun panas tapi ada pokok yang boleh meredupkan kawasan. Ada convenient store ditepi jalan dalam perjalanan balik ke guesthouse dan banana uyu lagi~~~~~ 


Bukan pelanconglah kalau asyik duduk dalam bilik je. Kitorang seterusnya pergi Myeongdong untuk kali keberapa pun tak ingat la untuk shopping lagi sebab sorang tu nak pergi The SAEM sebab dia punya model G-Dragon. Malamnya pula nak pergi makan Tteokbokki di restoran 'I LOVE SINDANG-DONG (아이러브신당동)' yang terkenal dengan artis-artis makan kat sana bersama kawan Naz yang belajar dekat sini. Yoo Jae Suk, Hyun Bin dan ramai lagi artis pun pernah makan dekat situ.

You Might Also Like

0 comments

Facebook