Trip To South Korea (대한민국) - Day 3 (Part 2 : Itaewon (이태원))

10:00:00 AM

From Day 3 (Part 1)

Setelah penat berjalan di Nami Island kami terus bertolak ke Itaweon untuk makan malam dan sembahyang di Seoul Central Mosque, Itaewon. Itaewon terkenal dengan tempat makan halal untuk orang Islam di Korea, terdapat pelbagai kedai halal disini.

MURREE MUSLIM FOOD


Penatlah juga jalan kaki naik bukit cari kedai makan. Air kosong disediakan free untuk pelanggan minum sementara menunggu makanan sampai dan boleh refill sebanyak mungkin. Nasib baik ada air untuk diminum takdelah kehausan tekak kering masa tunggu makanan sampai. 

Muka-muka kepenatan dan menunggu makanan sampai. Ayah Mira pula takde dalam gambar.

 Bibimbap (비빔밥) + Hot Green Tea
Side dish - Seaweed, Kimchi, Soybean Sprouts, Carrot + Fish Cake, Fried Anchovies

Bibimbap dia memang sedap terasa dia punya sesame oil dia  dan yang penting banyak sayur semuanya segar-segar lagi-lagi tauge dia besar-besar rangup. Memang vegetarian habis hari tu. Yang paling penting dapat merasa seaweed dan kimchi dekat Korea. Side dish dapat satu set untuk satu meja.

SEOUL CENTRAL MOSQUE, ITAEWON

Masjid ni berada di atas bukit.


Sesampai dihadapan masjid keliru sekejap mana tempat sembahyang wanita. Tempat solat lelaki kena naik tangga tinggi masjid kalau wanita pula punyalah penat mencari ikut anak panah tempat ambil wuduk wanita. Sesampai sana je jumpa dah tempat ambil wuduk dia dekat belah belakang tapi tempat solatnya tak jumpa. Nak ambil wuduk tak dapat sebab banyak barang kena pegang. Cari punya cari akhirnya jumpa pintu masuk ke tempat solat wanita.

Buka kasut semua jumpa tangga naik punya naik rupa-rupanya dekat tingkat 3/4 sebab tangga tu straight terus ke tingkat paling atas. Kecik je tangga dia lampu dia pula yang jenis automatik bila detect orang baru terbuka. Tempat solat wanita kecik je lepas tu kena duduk sorang-sorang dekat atas tu jaga barang sebab diorang pergi ambil wuduk dekat bawah. Dua kali kena naik tangga yang tinggi tu. Better ambil wuduk dahulu sebelum naik ke atas.


Stesen subway Line 2 a.k.a Line Hijau di malam hari. Tempat tak ingat.
Boleh dikira dengan jari kerusi menunggu. Semuanya berdiri tunggu tren.

Dekat GS25 ada jual churros, hari-hari beli.
Mentang-mentanglah GS25 dekat dengan hostel. Haha

Malam terakhir di Pencil Hostel, Hongdae sebab tu beli churros banyak-banyak. Ada kerusi dan meja lagi dekat convenience store dia. Balik bilik packing barang semua dan tidur.

EXCLUSIVE INFO :

Sambil-sambil tengok gambar yang Mira bagi tetiba ternampak satu gambar rumah macam rumah untuk Eat Your Kimchi dan TalkToMeInKorean Coffee Shop wannabe yang terdapat dalam video di channel Youtube diorang.


Ini pula gambar yang diambil pada hari pertama sampai di Hongdae, Korea.

Gambar ini diambil masa tengah jalan-jalan di kawasan berdekatan dengan Pencil Guest House Hongdae. Macam mana boleh tak perasan rumah ni aritu?

Stay tuned for more ♥

You Might Also Like

0 comments

Facebook