Trip To South Korea (대한민국) - Day 2 ( Part 2 : Gyeongbokgung Palace, Gwanghwamun Square & Myeongdong)

10:00:00 AM

From Day 2 (Part 1)

FYI Bukchon Hanok Village, The National Folk Museum Of Korea, Gyeongbokgung Palace dan Gwanghwamun Square ni berada dalam kawasan yang sama. Jadi boleh pergi dalam satu hari hanya dengan berjalan kaki.

Hari kedua masih lagi dalam keadaan hujan renyai-renyai daripada pagi sampai malam. Cuaca dan angin dia pun sejuk. Kulit muka, bibir, tangan semua jangan cakaplah, kering ya amat.

Gyeongbokgung Palace/Northern Palace (경복궁)

Tiket Masuk :
ADULT - 3,000 KRW
CHILDREN - 1,500 KRW

Gyeongbokgung Palace merupakan istana diraja yang terletak di bahagian utara Seoul, South Korea.
Istana ini besar sangat sampaikan ada beberapa tempat tak pergi. Disebabkan besar sangat jadi tak ingat nama-nama tempat tinggal King dengan Queen dia semua.


Opening of Janggo
(Storage For Jar Containing Fermented Pastes and Sauces)
Seperti dalam K-Drama Jewel In The Palace a.k.a Dae Jang Geum

Ini pula Geunjeongjeon (근정전) (Throne Hall) daripada belakang.

Bahagian dalam Geunjeongjeon (근정전) (Throne Hall).

Ada seorang pakcik ni tunjuk dekat bahagian siling dekat tengah-tengah tu ada replika (maybe) NAGA EMAS.


Geunjeongjeon (근정전) (Throne Hall)

Yeah, finally jumpa pun pintu besar untuk keluar.
Hahaha, actually kena jalan lagi lalu pintu tu baru jumpa Gwanghwamun Gate (광화문). 


Please say hello to this serious Gwanghwamun Royal Guard.
He's so tall OR maybe i'm not tall enough.

Gwanghwamun Gate (광화문)
The main and largest gate of Gyeongbokbung Palace.

Gwanghwamun Square (광화문광장)


Statue of King Sejong The Great of Joseon

Statue of Admiral Yi Sun Sin of Joseon Dynasty

Myeongdong (명동)


Nature Republic, Etude House, Missha, The Saem, Holika Holika, Skin Food, The Face Shop, Innisfree, Banila Co., Aritaum, Tony Moly dan macam-macam lagi. Pakaian dan kasut jenama daripada Korea pun ada dekat sini. Tak ketinggalan juga bangunan Uniqlo dekat sini besar, tingkat atas dia ada cinema. 


Actually pernah tersilap naik lif sebab nak pergi tingkat 2 je ke bahagian baju wanita, lepas tu dalam lif takde butang tingkat 2. Tercengang sekejap sebab lif tu straight naik atas sampailah tempat cinema. Ada la beberapa budak sekolah turun dengan kitorang. 

HOLLYS COFFEE, Myeongdong

First time cuba minum dekat cafe Korea. Not bad. Sedap.


Iced Americano diorang dalam 3,500 KRW je. Murah sangat macam RM3.50 je tapi dalam duit Won, kalau diconvert Won ke Ringgit Malaysia memang mahal ler jadinya. 

I found Mr Lu Han (鹿晗) from EXO-M.
Hello Mr Lu, my name is Mei Ling.
Where can i find Mr Park Chan Yeol?

Mari berselfie sementara tunggu subway sampai.

Nak balik menghala ke arah ini.

Sebelum terlupa, tteokbokki dan fish cake dekat gerai kecil di Myeongdong memang sedap lagi pedas lagi nikmat apabila dimakan waktu sejuk dan hujan. *fuhh, hembus nafas* 

Stay tuned for more ♥

You Might Also Like

0 comments

Facebook