Trip To South Korea (대한민국) - Day 2 ( Part 1 : Bukchon Hanok Village & The National Folk Museum Of Korea)

10:00:00 AM

Day 2 (28 April 2014, Monday)

Hari pertama dengan kedua adalah beberapa kali tersilap subway. Siap ada subway map lagi dekat tangan dan peta Seoul besar gedabak. Sebab line subway dia banyak sangat tak macam Malaysia lepas tu sambung-sambung ada transfer ke line sana transfer ke line sini. Ini baru dekat Korea kalau dekat Jepun matilanak.

Hari pertama sahaja dah penat kaki lenguh sana sini, mungkin tak terbiasa lagi sebab dekat sini semuanya guna tangga. Tiada eskelator, ada pun kalau dari tingkat bawah nak ke tingkat atas tu tinggi. Kalau setakat B2 ke B1 tu naik pakai tangga je la. Makcik pakcik yang dah tua kat sini pun lagi laju naik tangga daripada kitorang.

Untuk hari kedua mula-mulanya nak pergi Nami Island tapi disebabkan musim hujan. Hujan renyai-renyai dari pagi sampailah malam secara berterusan. Jadinya terpaksa ditunda pergi Nami Island. Tiga hari berturut-turut hujan semenjak sampai sini.

Bukchon Hanok Village (북촌한옥마을)

Destinasi pertama untuk hari kedua. Pergi dengan menaiki subway dan berjalan kaki. Bukchon Hanok Village ini tersangatlah luas, kekuatan kaki dan stamina kena kental untuk jalan naik turun bukit dekat sini.



The National Folk Museum of Korea (국립민속박물관)


Masuk PERCUMA.

Oleh disebabkan tak terbiasa lagi dengan jalan dekat sini. Memula kitorang nak naik subway pergi Gyeongbokgung Palace dari Bukchon Hanok Village tapi kena jalan jauh pula nak pergi subway station. Nasib baik ada Information Centre, orang dekat situ kata kalau jalan kaki dari simpang empat yang ada kedai Lush tu lagi dekat.

Dia recommendkan dekat kitorang pergi The National Folk Museum of Korea lepas tu baru pergi Gyeongbokgung Palace sebab dalam satu kawasan. Hanya masuk pintu entrance sebelah kanan The National Folk Museum, belakang pula pintu masuk ke Gyeongbokgung Palace.


Gambar di bawah ini pula ialah contoh rumah dahulu kala diorang. Kawasan rumah diorang luas. Tandas dekat luar, ada reban macam reban ayam, ada tempayan letak soy paste, chili paste, kimchi dan macam-macam lagi dekat belakang rumah. 

Ini tandas diorang. 
Diorang gali tanah lepas tu letak kayu kiri kanan untuk letak kaki dan buanglah hajat yang hendak dilabur disitu.


Bawah ini pula bangunan The National Folk Museum Of Korea. Ada pintu masuk dekat belah belakang. Kitorang tak masuk dalam cuma jalan-jalan dekat belah luar sahaja. Disebabkan masa tu hujan renyai-renyai dan angin dia pula sejuk, kitorang terus pergi ke Gyeongbokgung Palace.


Hujan dia renyai-renyai je tak lebat pun tapi angin dia yang tak boleh blah tu. Angin dia sejuk lepas tu kadang-kadang angin kuat. Tangan boleh rasa kebas sejuk. Muka jadi kering tu tak boleh nak kata apa. 

Stay tuned for Day 2 Part 2!

You Might Also Like

0 comments

Facebook